Definisi
Gastrik merupakan sejenis keradangan pada dinding @ mukosa perut. Biasanya keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Perut
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas kiri abdomen & bawah rusuk. Kelenjar pada dinding rusuk merembeskan jus gastrik termasuk enzim & asid perut bagi membantu mencerna makanan. Salah satu asid termasuk asid hidroklorik bersifat menghakis & boleh melarutkan besi. Kehadiran mukus @ cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut.
Merokok adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit gastrik. |
Punca
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
- Merokok
- Stress
- Gangguan autoimun
- Radiasi @ kemoterapi
- Makan @ minum bahan-bahan menghakis seperti racun
- Pengambilan ubat penahan sakit secara berlebihan.
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
- Jangkitan kuman @ parasit terutama lemah sistem badan.
Jenis Gastrik
- Akut - Keradangan berlaku secara mengejut disebabkan gabungan klasik mual & rasa panas membakar pada abdomen @ hulu hati.
- Kronik - Terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa panjang yang menyebabkan kesakitan @ hilang selera makan.
Pencegahan
- Elak ambil makanan yang mengeluarkan banyak gas seperti kubis, kacang soya dan brokoli.
- Elak makan makanan berlemak.
- Elak makan makanan masam & pedas seperti cuka dan rempah.
- Elak tabiat terus tidur selepas makan kerana akan menimbulkan masalah penghadaman.