1. Cili
Tentunya ada ramai diantara kamu yang gemarkan cili. Tidak kurang juga yang menganggap cili adalah 'teman makan' yang cukup akrab. Tanpa cili, kamu tidak akan berselera untuk makan. Namun, tahukah anda bahawa minyak capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat meningkatkan pengeluaran peluh, melegakan perut dan berkhasiat sebagai stimulant. Selalunya anda akan terasa lebih segar setelah rasa pedas dan panas mula hilang. Tapi jangan pula anda makan secara berlebihan. Takut nanti lain pula jadinya..
2. Halia
Secara tradisional ramuan halia digunakan untuk menyegarkan tubuh yang keletihan, menghangatkan tubuh dan menghilangkan kelesuan tubuh. Umumnya halia dapat membantu melancarkan peredaran darah. Sebagai permulaan, cuba rebus hirisan halia sehingga mendidih. Untuk mengurangkan rasa pedas, campurkan dengan sedikit gula perang.
3. Teh
Ada sesetengah anda yang beranggapan teh sama dengan kopi. Sebelum memulakan kerja, secawan teh sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan semangat. Secawan teh hijau dapat membantu membuatkan anda rasa lebih rileks dan tenang.
4. Smoothies buah-buahan
Minuman ini begitu popular sekarang. Bayangkan dalam segelas smoothies, ia bukan sahaja dapat membekalkan tenaga, bahkan kamu dapat menikmati manfaat dari buah-buahan segar. Sumber tenaga diperoleh dari rasa manis, susu, yogurt, dan ais krim. Manakala antioksida dan vitamin, anda boleh perolehnya dari buah-buahan segar. Agar kalorinya tetap terkawal, bataskan pengambilan gula.
5. Energy bar/Oatmeal/Cereal
Makanan ini amat sesuai dijadikan sarapan pagi. Rasanya bukan sahaja enak, bahkan kandungan karbohidrat dan vitamin B yang terkandung di dalamnya amat diperlukan untuk membekalkan tenaga. Tambahan pula oatmeal, cereal dan energy bar boleh membuatkan anda kenyang lebih lama.
6. Coklat
Bekalan penting yang sering dibawa oleh pencinta alam ketika mendaki gunung adalah coklat. Ia mampu membekalkan tenaga agar badan tidak terasa begitu letih dan mampu untuk terus berjalan ataupun mendaki. Begitu juga bagi anda yang sedang sibuk, nikmatilah coklat agar kamu kembali bertenaga. Selain itu, coklat juga dapat membantu sistem pencernaan, memberikan rasa bahagia dan gembira serta menenangkan rasa stress.