Cari artikel di sini

Sakit Kepala @ Migrain



Sakit kepala berlaku disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia pada otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan rasa sakit kepada disertai rasa tidak selesa pada perut. Kaum wanita cenderung mendapat migrain berbanding lelaki kerana kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Kira-kira 40% migrain dialami di seluruh kepala. 40% bermula di sebelah kanan dan merebak ke seluruh kepala. Manakala 20% lagi bermula di sebelah kiri kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.


Bahagian Migrain

1. Menyerang bahagian dahi, depan, kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala.

2. Migrain depan kepala: Berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam dan kurang darah.

3. Kiri @ kanan : Kepala adalaha berkaitan dengan migrain focul yang tidak spesifik.

4. Belakang kepala : Merupakan sakit kepala occipital yang berkaitan dengan darah tinggi.

5. Atas kepala : Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat behaya dan perlu mendapat rujukan
daripada doktor dengan segera.


Tanda Migrain

1. Gangguan visual.

2. Mual atau muntah.

3. Nampak tompok atau kilauan cahaya.

4. Sensitif pada cahaya terang.

5. Lemah atau kebas pada anggota badan.

6. Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing. Kaki dan tangan sakit seperti tercucuk jarum.


Kaedah rawatan

1. Rehat atau tidur di bilik yang senyap dan tidak terdedah pada cahaya yang terang.

2. Pengambilan ubat yang sesuai dan selamat seperti pil tahan sakit, suntikan dan ubat rehat otot.

3. Botox

4. Pembedahan

5. Urutan, meditasi atau yoga untuk melancarkan peredaran darah.

Artikel menarik yang lain :