Ketika masih anak gadis, payudara wanita semestinya cantik membulat,
anjal dan padat. Selepas usia mencecah usia 30-an terutama bermula 35
tahun dan ke atas, bentuk payudara akan mulai berubah menjadi mengendur
dan tidak seanjal waktu muda dulu.
Antara faktor lain, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh dan
pengabaian penjagaan aset itu menyebabkan payudara jatuh atau kurang
menarik.
Disebabkan faktor berkenaan, pelbagai cara dilakukan dan pendekatan
berbeza dilakukan wanita untuk memastikan bentuk payudara untuk kekal
menarik, antaranya menyapu krim menganjalkan payudara, melakukan
pembedahan kosmetik, selain mengambil makanan tambahan yang mengandungi
kolagen.
Sedar atau tidak, perkara asas malah paling utama perlu diketahui wanita
ialah pemilihan dan pemakaian coli secara betul dan sepatutnya
diamalkan sejak remaja lagi, di samping pemakanan seimbang atau aktiviti
senaman untuk kesihatan anggota itu.
Sememangnya kerana kurang pendedahan terhadap penjagaan payudara, ramai
terpaksa berhadapan dengan masalah kecantikan aset berkenaan.
Salah pakai coli
Mengikut Pakar Pengamal Perubatan Cina, K H Lau, cara mengenal pasti
wanita itu tidak memakai coli dengan cara betul adalah melihat kepada
lelemak yang terkumpul di belakang badannya.
Jelasnya, dalam mengekalkan payudara yang cantik, wanita perlu menyeluk
bahagian tepi payudara sebelah ketiak, menolaknya ke depan dan menongkat
asetnya itu ke atas ketika memakai coli.
Melalui cara itu, segala lemak perlu yang mengisi payudara dapat dikumpul kemas dalam mangkuk coli.
“Kita lihat, ramai yang belakang badannya khususnya pada bahagian tepi
berlipat dengan tali coli sehingga tampak berlapis-lapis membuatkan
jelas kelihatan lemak terkumpul.
“Ini kerana ketika memakai coli mereka tidak menarik payudara mereka ke
depan dengan betul dan akibatnya, lemak yang sepatutnya menjadi
sebahagian daripada payudara sudah ‘tertolak’ ke tepi dan belakang
badan,” katanya yang turut menafikan ia berlaku disebabkan kerana saiz
badan gempal.
Pemakaian coli tidak sesuai juga katanya membuatkan bentuk payudara wanita kurang menarik.
Senaman joging, jelas Lau juga tidak sesuai kerana ia akan membuatkan payudara lebih mudah kendur akibat graviti.
Instrumen senaman payudara
Melihat alternatif lain untuk mengembalikan bentuk payudara cantik, ada
satu alat senaman payu dara dari Taiwan yang direka pereka tempatan yang
ketika pameran Perdagangan Kecantikan Profesional Malaysia 2014 yang
berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.
Daripada pengamatan, alat ini berfungsi seperti mesin mengepam susu
badan, namun corong mengepam tertumpu kepada keseluruhan payudara
berbanding hanya sekitar puting.
Lau berkata, apabila mengepam ia menarik aliran darah untuk dilepaskan
ke jantung. Menggunakan alat senaman itu sekurang-kurangnya setengah jam
sehari dikatakan akan meningkatkan aliran darah menjadikan payudara
sihat dan cantik.
“Bentuk payudara yang menawan membuatkan wanita bukan saja kelihatan
menarik memakai apa jua baju, malah lebih berkeyakinan termasuk dengan
pasangannya,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN
Cari artikel di sini
Artikel menarik yang lain :
-
Apa itu Sindrom Raynaud Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai menge...
-
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Pi...
-
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ . Vi...
-
Sakit kepala berlaku disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia pada otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah...
-
Jika anda mendapati ada ketulan sebesar kacang di leher atau ketiak, jangan ambil mudah dan menganggap ia sekadar "biji angin...
-
Ramai orang takut nak makan pada waktu larut malam (atau kudapan) kerana kebanyakan menganggap bahawa makan lewat tengah malam, walaupun...
-
Nyamuk aedes betina merupakan agen penularan penyakit demam denggi Penyakit demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang sangat ...