Cari artikel di sini

Khasiat Buah Kiwi



Harganya taklah terlalu mahal tapi jika dilihat dari segi khasiat, buah kiwi berada di kedudukan tertinggi carta kerana kaya dengan vitamin C.

1) Kaya Antioksida
Mengandungi polifenol, karotenoid dan enzim-enzim lain dalam membentuk antioksida yang menghalang radikal bebas dalam tubuh.

2) Mengandungi Lutein dan Beta Karotein
Manfaat dari kedua-dua khasiat ini merangkumi vitamin A adalah untuk khasiat mata. Pengambilan buah kiwi dapat memelihara mata dengan baik.

3) Kandungan Vitamin C
Kiwi mengandungi 100 mg vitamin C berbanding buah-buahan sitrus yang lain. Ia beerti, kandungan vitamin C buah kiwi sama dengan 2 biji buah sitrus yang lain.

4) Mengawal Kolesterol
Buah kiwi membantu mengawal kolesterol jahat serta kadar gula dalam darah.

5) Penghadaman
Bagi yang mengalami masalah pencernaan, buah kiwi ada jawapannya. Pengambilan secara teratur dapat membantu masalah kembung perut dan proses pembuangan air besar yang tidak sempurna.

6) Kalium
Zat kalium berfungsi menjana kesihatan jantung, mengurangkan risiko pengumpulan darah yang menjadi punca penyakit kardiovaskular.

7) Kecantikan
Buah kiwi boleh dijadikan masker yang akan membuatkan kulit menjadi lembut, tegang dan cerah.

8) Kosmetik
Biji mahupun ekstrak buah kiwi menghasilkan minyak omega 3 yang biasa digunakan untuk alat-alat kosmetik.

Artikel menarik yang lain :