Cari artikel di sini

Jangkitan Chlamydia




Jangkitan Chlamydia adalah sejenis jangkitan bakteria dan boleh dijangkiti daripada aktiviti seksual. Bakteria ini dinamakan Chlamydia Trachomatis. Seseorang boleh dijangkiti Chlamydia melalui 2 cara iaitu daripada hubungan seksual dan bayi yang dilahirkan secara normal daripada ibu yang menghidap Chlamydia.

Sebanyak 25% hingga 50% orang lelaki yang dijangkiti Chlamydia mungkin tidak mempunyai apa-apa simptom, namun begitu selebihnya mungkin mempunyai simptom seperti :

  • Rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil
  • Rasa sakit atau sengal di bahagian buah zakar.
  • Mengeluarkan lendir dari kemaluan.
Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, anda perlu segera pergi mendapatkan rawatan. Di hospital, anda mungkin diperiksa untuk penyakit kelamin yang lain seperti Sifilis dan sebagainya. Jika anda hanya menghidap penyakit Chlamydia, anda akan diberikan rawatan antibiotik.


Selalunya sebanyak 95% kes jangkitan Chlamydia akan sembuh selepas mendapat rawatan antibiotik buat kali pertama. Selebihnya mungkin perlu mengambil antibiotik yang lain dan pengambilan antibiotik itu perlu dilanjutkan.

Anda juga perlu membawa pasangan anda untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Untuk mengelakkan jangkitan Chlamydia, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan seperti :

  • Elak melakukan hubungan seksual dengan individu berisiko
  • Menggunakan kondom semasa melakukan aktiviti seksual
  • Pastikan pasangan anda bebas daripada penyakit kelamin.
Penggunaan kondom terbukti dapat mengelakkan dan mengurangkan jangkitan penyakit tularan seks.

Artikel menarik yang lain :