APAKAH itu Bakteria Salmonella?
Bakteria Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan atau pencemaran silang daripada pengendali makanan kepada haiwan.
Tahukah anda apakah punca Bakteria Salmonella ini terjadi dan bagaimana untuk anda mencegah daripada terkena bakteria tersebut.
TipsInfoSihat - Maklumat Kesihatan Dan Penjagaan Diri
Kesihatan adalah anugerah, kekalkan ia..
Cari artikel di sini
Cara Atasi Kemurungan
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak berita melaporkan tentang kes bunuh atau bunuh diri akibat kemurungan. Penyakit yang sukar dikenal pasti ini adalah sejenis penyakit mental yang dialami seseorang hingga membawa kesan negatif kepada emosi pada diri individu tersebut. Jika tidak dikesan dari awal ia boleh mempengaruhi emosi, sikap dan cara seseorang itu berfikir.
Jadi amat penting kita sebagai individu yang bertanggungjawab mempunyai kesedaran untuk belajar memahami dan membantu sesiapa sahaja termasuk kawan, keluarga atau orang di sekeliling yang menunjukkan perubahan ke arah kemurungan supaya ia tidak akan menjadi lebih serius. Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan.
Beri Sokongan
Dalam keadaan seseorang yang mengalami gangguan emosi yang kronik nasihat bukanlah perkara terbaik untuk anda katakan kepada mereka. Elak daripada menggunakan ayat nasihat seperti "Hidup perlu diteruskan" ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dan kesedihan mereka. Cuba memahami dengan menjadi pendengar yang baik dan yakinkan anda akan sentiasa berada disamping mereka walau apa jua keadaaan.
Jangan Kritik
Memberi semangat bukan mengkritik seolah-olah kemurungan yang dialami berpunca daripada kesalahan diri mereka sendiri. Tindakan mengkritik umpama menambah lagi bebanan emosi yang sedang dialami.
Selia Rutin Harian
Sentiasa menyelia rutin harian mereka supaya mereka tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Pastikan mereka makan dan mempunyai tidur yang cukup. Ambil tahu supaya mereka tidak rasa keseorangan.
Sibukkan Diri
Cuba untuk mengajak mereka keluar bersama dalam melakukan aktiviti yang digemari. Cuba untuk sibukkan diri mereka supaya tidak selalu bersendirian yang hanya akan menyebabkan mereka terus menerus berasa sedih, murung dan tertekan.
Teman Bicara
Menjadi teman bicara buat mereka yang mengalami kemurungan ini salah satu terapi terbaik buat mereka. Kebiasaannya mereka lebih gemar menyendiri kerana tidak mahu berkongsi dan membebankan sesiapa. Bersedia untuk mendengar setiap luahan mereka. Jika mereka ada menyelitkan hasrat untuk mencederakan diri. Pastikan anda cuba untuk membincangkan secara terbuka dan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.
Terapi larva IMR selamatkan lebih 5,000 pesakit diabetes
KUALA LUMPUR - Kira-kira 5,000 pesakit diabetes di negara ini berjaya diselamatkan hasil penggunaan terapi larva "Maggot Debridement Theraphy" (MDT) bagi rawatan luka oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, melalui penyelidikan kaji serangga oleh institut itu, 90 peratus daripada 6,000 pesakit diabetes yang dirawat menggunakan terapi itu telah diselamatkan daripada terpaksa menjalani amputasi.
"Saya difahamkan kadar kehilangan anggota telah berkurang dengan drastiknya melalui terapi ini dan ia merupakan faedah langsung yang diperolehi oleh orang ramai hasil penyelidikan IMR.
"Oleh itu, saya berharap lebih ramai penyelidik IMR dapat menghasilkan groundbreaking research seperti ini supaya dapat membantu meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Terbuka Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) 2018 di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Pengarah IMR Datuk Dr Fadzilah Kamaludin.
Dalam pada itu, Dr Lee berkata sejarah bioperubatan di Malaysia bermula pada tahun 1900 dengan penubuhan Institut Patologi oleh British, yang kini dikenali sebagai IMR, untuk memberi fokus kepada penyelidikan bagi rawatan dan pencegahan wabak beri-beri serta demam malaria.
Sementara itu, beliau turut menggesa orang ramai agar memberi sokongan dengan mendaftar sebagai penderma untuk Malaysian Stem Cell Registry (MSCR) bagi rawatan pemindahan sel stem darah yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi di IMR. - Bernama
Puasa kurangkan risiko sakit jantung
“Mana boleh. Susahlah nak berhenti.” “Susahlah hendak diet, tiada masa.” Itu antara alasan yang lazim digunakan apabila dinasihatkan berhenti merokok dan mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Perkara itu boleh dielakkan terutama pada bulan Ramadan kerana bulan ini tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia. Secara tidak langsung, ia boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Menurut Pakar Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr. Zul Hilmi Yaakob, berpuasa juga boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung kerana tabiat pemakanan yang lebih berjaga-jaga dan teratur.
Bahkan, ramai perokok yang mampu menahan diri daripada merokok walaupun ia sangat sukar untuk dilakukan pada waktu yang lain.
“Apabila seseorang itu mengawal pemakanan, dia dapat mengawal kolestrol, kandungan gula dan tekanan darah. Ketiga-tiga ini merupakan faktor utama jantung. Ini kerana corak pemakanan tidak sihat itu tanpa disedari boleh menyumbang kepada risiko obesiti yang berkait rapat dengan penyakit jantung.
“Lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan seterusnya mengganggu saluran darah. Pembuluh darah yang tersumbat akan menyukarkan oksigen sampai ke jantung lalu mengakibatkan strok dan serangan sakit jantung,” katanya.
Secara amnya, tiada masalah buat mereka untuk berpuasa. Malah terdapat kajian dari negara-negara di Asia Barat terhadap pesakit jantung yang menunjukkan bahawa bulan Ramadan mempengaruhi paras kolesterol darah terutamanya dalam menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) yang boleh mengurangkan dan me- ngawal risiko serangan jantung.
Namun, kita perlu ingat bahawa penyakit jantung mempunyai pelbagai kategori. Paling berisiko untuk menghidap komplikasi ketika berpuasa adalah pesakit yang menghidap lemah jantung. Mereka dibolehkan berpuasa tetapi perlu berjaga-jaga mengawal penyakit ini.
“Sebaik-baiknya pesakit jantung dinasihatkan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebulan sebelum berpuasa bagi memastikan sama ada mereka boleh berpuasa atau sebaliknya kerana setiap pesakit mempunyai cabaran tersendiri dan berbeza antara satu sama lain,” jelasnya.
Tambahnya, doktor juga akan menasihatkan ubat yang boleh ditinggalkan dan perlu diambil berterusan atau ubat yang perlu diubah suai, kerana berpuasa agak panjang.
Dr. Zul memberitahu, bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung akibat saluran darah tersumbat, perlu meneruskan pengambilan ubat mereka. Misalnya, waktu pagi makan ubat sebelum sahur dan petang selepas berbuka puasa.
Puasa juga boleh menurun–kan kadar gula dalam darah, kolesterol dan mengendalikan tekanan darah. Itulah sebabnya, puasa berpotensi dalam membantu mengawal penyakit diabetes, kolesterol tinggi, obesiti dan darah tinggi.
Dalam pada itu, Dr. Zul menasihatkan orang ramai yang ghairah memilih menu untuk berbuka puasa supaya mengurangkan makanan bergula dan memisahkan menu waktu berbuka dan makan malam.
“Untuk berbuka, sebaik-baiknya kita hanya memilih makanan ringan seperti kurma. Kemudian, solat Maghrib dan selepas itu makan malam. Bagi mereka yang berisiko dengan pelbagai penyakit, sebaik-baiknya elakkan makan lewat malam se–perti moreh. Namun, saya galakkan pengambilan serat yang berat untuk sahur kerana kita memerlukan tenaga pada siang hari,” katanya.
Cara terbaik mengelak berat badan berlebihan ialah kurangkan makan. Jangan terjadi seperti sesetengah orang yang menjadi lebih gemuk pada bulan Ramadan. Nafsu makannya melebihi daripada biasa, terutama ketika berbuka.
Amalan berpuasa berkesan sebagai satu kaedah perawatan dan menjaga kesihatan yang terbaik. Jika telah menghidap penyakit, kita kena berpuasa sepanjang masa daripada memakan jenis makanan tertentu. Contohnya, orang menghidap penyakit kencing manis tidak berpeluang lagi untuk memakan makanan yang manis.
Pepatah Arab ada mengatakan: “Perut itu pangkal (punca) penyakit dan berjaga-jaga (berpantang) itu pangkal penawar.”
sumber: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/...#ixzz5HN4G4oAu
5 Cara Mudah Mendapatkan Tidur Lena dan Berkualiti
Tidur yang cukup dan berkualiti amatlah penting buat semua individu demi untuk merehatkan minda dan tubuh selepas seharian penat bekerja dan menjalani aktiviti harian. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk melelapkan mata antaranya kerana terlalu banyak berfikir dan keletihan. kurang tidur secara berterusan juga boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko mendapat serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
Elak Bermain “Gadget”
Sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan telefon bimbit, komputer, bermain game setengah jam sebelum tidur adalah salah satu cara terbaik untuk menghindar daripada kesukaran untuk melelapkan mata. Hal ini kerana, cahaya yang dihasilkan oleh televisyen, komputer mahupun telefon bimbit anda dapat menurunkan hormone melatonin. Di mana cahaya atau bunyi yang dihasilkan dapat menembusi lensa mata dan telinga hingga merangsang otak untuk kembali aktif seolah sedang bekerja. Walaupun ketika itu otak dan minda sedang berehat tidur.
Bersenam
Sesibuk mana pun jadual seharian anda apa kata cuba luangkan masa untuk beriadah dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan 20-30 minit setiap sesi. Selain membuat tubuh badan menjadi lebih segar dan cergas, dengan bersenam juga dapat membantu mengurangkan stres. Malah selepas bersenam dapat membantu anda memperoleh tidur yang berkualiti dan mudah di malam hari.
Hindari Minuman Berkafein Sebelum Tidur
Minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda dan minuman beralkohol ternyata boleh menggangu proses tidur anda. Ini kerana, kafein yang diminum mampu bertahan dalam tubuh badan seseorang sehingga lima jam. Jadi sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang mengandungi kafein 8 jam sebelum tidur.
Elak Makanan Berat Sebelum Tidur
Tahukah anda makan secara berlebihan sebelum tidur boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Makan secara berlebihan sebelum tidur adalah perkara yang perlu dielakkan kerana perut yang terlalu penuh boleh mengakibatkan terganggunya proses tidur.
Mandi Air Panas
Mandi air panas sebelum tidur merupakan salah satu cara yang efektif dalam membantu proses tidur anda menjadi lebih mudah. Antara manfaat air panas adalah ia mampu mengurangkan tekanan yang dialami oleh otot-otot tubuh badan. Air panas juga bertindak mengimbangi suhu badan menjadi normal dan membantu otot-otot tubuh badan menjadi lebih segar keesokan harinya.
Khasiat buah delima untuk kesihatan
Sejak zaman-berzaman, delima atau Pomegranate telah dikenali sebagai buah yang manis dan sangat berkhasiat dari segi kesihatan, malahan buah ini dikatakan sebagai buah syurga, seperti dalam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima.” (QS Ar-Rahman: 68).
Mengikut kajian terkini juga, delima mengandungi banyak khasiat kesihatan yang perlu diambil perhatian.
Berikut disenaraikan khasiat delima, di antaranya:
1. Sumber fiber yang terbaik – baik untuk sistem penghadaman.
2. Kandungan vitamin C, K, folate dan tiamin yang tinggi.
3. Sumber antioksidan yang baik.
* Antioksidan sangat berguna untuk melawan kanser.
* Antioksidan membantu badan menyingkirkan sel yang mengandungi DNA yang rosak, yang berpotensi bertukar menjadi sel kanser.
Oleh itu, delima dianggap sebagai buah yang terbaik bagi melawan kanser prostat, kolon dan payudara serta leukemia.
4. Agen anti-keradangan yang boleh mengurangkan simptom
sesetengah penyakit radang yang kronik, seperti artritis reumatoid.
5. Menghindari platelet darah daripada melekat antara satu sama lain.
6. Meningkatkan paras oksigen ke jantung.
7. Membantu mencegah mati pucuk bagi lelaki.
8. Membantu menurunkan tekanan darah.
9. Mencegah perubahan pada saluran darah yang menggalakkan pertumbuhan tumor.
10. Membantu menangani depresi.
11. Meningkatkan sistem imun badan.
12. Menghindari dan mencegah osteoporosis.
13. Memperlahankan penyakit Alzheimer.
14. Meningkatkan paras kolesterol HDL (baik).
15. Memperbaiki kesihatan mulut.
Sumber : https://sitik.wordpress.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Artikel menarik yang lain :
-
Apa itu Sindrom Raynaud Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai menge...
-
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Pi...
-
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ . Vi...
-
Sakit kepala berlaku disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia pada otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah...
-
Jika anda mendapati ada ketulan sebesar kacang di leher atau ketiak, jangan ambil mudah dan menganggap ia sekadar "biji angin...
-
Ramai orang takut nak makan pada waktu larut malam (atau kudapan) kerana kebanyakan menganggap bahawa makan lewat tengah malam, walaupun...
-
Nyamuk aedes betina merupakan agen penularan penyakit demam denggi Penyakit demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang sangat ...