Cari artikel di sini

5 Cara Mudah Mendapatkan Tidur Lena dan Berkualiti



Tidur yang cukup dan berkualiti amatlah penting buat semua individu demi untuk merehatkan minda dan tubuh selepas seharian penat bekerja dan menjalani aktiviti harian. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk melelapkan mata antaranya kerana terlalu banyak berfikir dan keletihan. kurang tidur secara berterusan juga boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko mendapat serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Elak Bermain “Gadget”


Sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan telefon bimbit, komputer, bermain game setengah jam sebelum tidur adalah salah satu cara terbaik untuk menghindar daripada kesukaran untuk melelapkan mata. Hal ini kerana, cahaya yang dihasilkan oleh televisyen, komputer mahupun telefon bimbit anda dapat menurunkan hormone melatonin. Di mana cahaya atau bunyi yang dihasilkan dapat menembusi lensa mata dan telinga hingga merangsang otak untuk kembali aktif seolah sedang bekerja. Walaupun ketika itu otak dan minda sedang berehat tidur.

Bersenam


Sesibuk mana pun jadual seharian anda apa kata cuba luangkan masa untuk beriadah dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan 20-30 minit setiap sesi. Selain membuat tubuh badan menjadi lebih segar dan cergas, dengan bersenam juga dapat membantu mengurangkan stres. Malah selepas bersenam dapat membantu anda memperoleh tidur yang berkualiti dan mudah di malam hari.

Hindari Minuman Berkafein Sebelum Tidur 

Minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda dan minuman beralkohol ternyata boleh menggangu proses tidur anda. Ini kerana, kafein yang diminum mampu bertahan dalam tubuh badan seseorang sehingga lima jam. Jadi sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang mengandungi kafein 8 jam sebelum tidur. 

Elak Makanan Berat Sebelum Tidur

Tahukah anda makan secara berlebihan sebelum tidur boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Makan secara berlebihan sebelum tidur adalah perkara yang perlu dielakkan kerana perut yang terlalu penuh boleh mengakibatkan terganggunya proses tidur.

Mandi Air Panas
Mandi air panas sebelum tidur merupakan salah satu cara yang efektif dalam membantu proses tidur anda menjadi lebih mudah. Antara manfaat air panas adalah ia mampu mengurangkan tekanan yang dialami oleh otot-otot tubuh badan. Air panas juga bertindak mengimbangi suhu badan menjadi normal dan membantu otot-otot tubuh badan menjadi lebih segar keesokan harinya. 

Artikel menarik yang lain :