Pada prinsipnya, bulimia dan anoreksia adalah tergolong sebagai penyakit kurus atau takut berat badan naik. ia juga dikategorikan sebagai bahaya kerana boleh membawa maut.
Anoreksia
Anoreksia bermaksud kehilangan selera makan kerana dibelenggu perasaan takut gemuk. Ia secara tidak langsung akan membuatkan penghidapnya menahan nafsu makan secara keterlaluan. Sehingga pada satu tahap, baru mereka menyedari bahawa tubuh mereka hanya tulang berbalut kulit.
Bulimia
Bulimia pula adalah keadaan di mana golongan ini makan secara berlebihan, kemudian memuntahkannya kembali agar berat badan tidak naik. Setiap kali makan, mereka akan merasa bersalah dan tertekan sehingga mencuba pelbagai usaha untuk mengeluarkan kembali makanan yang diambil.
Punca
Ada beberapa faktor psikologi yang menyebabkan seseorang itu menjadi pesakit anoreksia dan bulimia. Antaranya adalah :
- Taksub pada kecantikan
- Orang yang disayangi meninggal dunia
- Putus cinta
- Trauma
- Mangsa kutukan
- Krisis persepsi gambaran tubuh badan.
- Pengaruh rakan.
Simptom-simptom
- Kuku dan rambut menjadi rapuh.
- Kurang darah atau anemia
- Letih, lesu dan tidak bermaya.
- Gangguan kitaran haid atau putus haid.
- Sembelit
- Tekanan darah rendah.
- Pipi bengkak akibat sering muntah
- Gigi dan gusi rosak disebabkan kesan asid perut yang keluar bersama bahan muntah.
Rawatan
1. Pencegahan - Paparan iklan yang menunjukkan susuk badan wanita secara realistik dan bukannya tubuh badan yang terlalu kurus.
2. Pemulihan - Pendidikan mengenai makanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul dalam jangka masa yang panjang.