Sebelum seseorang wanita itu disahkan menghidap fibroid, dia hendaklah menjalani beberapa prosedur atau ujian sama ada berbentuk ujian darah, radiologi (secara pengimejan) mahupun ujian biopsi tisu rahim. Setiap ujian yang dilakukan mempunyai fungsinya tersendiri. Sebagai contoh, ujian darah dilakukan untuk melihat tahap hemoglobin (unsur yang terdapat pada sel darah merah) sama ada pesakit mengalami anemia atau tidak. Tahap hemoglobin penting kerana apabila tahap hemoglobin berada pada aras yang rendah, keadaan ini menunjukkan pesakit mengalami perdarahan yang berlebihan. Oleh itu, pesakit ini mungkin memerlukan pemindahan darah (jika perlu) untuk memastikan tahap hemoglobin kembali ke aras yang normal. Kalau penghidap fibroid mengalami anemia yang tidak teruk, mereka hanya perlu mengambil tambahan zat besi (hematinik).
Bagi mengesahkan kehadiran fibroid, doktor akan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang simptom yang dialami oleh pesakit. Kemudian, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani beberapa ujian pengesahan seperti menjalani imbasan ultrabunyi dan ujian biopsi, jika perlu. Sebelum menjalani setiap ujian, pesakit akan diberikan penerangan lanjut tentang cara ujian dijalankan, fungsi dan kelebihan ujian tersebut serta kesan sampingan setiap ujian yang dijalani. Ujian-ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti fibroid termasuklah ujian imbasan ultrabunyi, histeroskopi, laparoskopi dan sebagainya.
UJIAN IMBASAN ULTRABUNYI
Imbasan ultrabunyi merupakan prosedur yang biasa digunakan untuk diagnosa ketumbuhan fibroid. Ia dilakukan di bahagian abdomen atau melalui faraj (transvagina). Kedua-duanya dapat membantu mengenal pasti saiz, bilangan, posisi dan bentuk fibroid. Selain itu, imbasan ultrabunyi juga membantu membezakan fibroid daripada ketumbuhan lain yang boleh berlaku di kawasan pelvis seperti sista ovari dan adenomiosis.
Sering kali, adenomiosis kelihatan sama seperti fibroid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang kelihatan pada skrin alat imbasan ultrabunyi yang boleh membezakan fibroid dan adenomiosis. Kawasan fibroid adalah berasingan (diskret) dengan batas yang jelas, dan boleh dibezakan daripada kawasan sekitarnya. Adenomiosis pula sukar dibezakan dan ia terletak di dalam dinding miometrium. Perkara ini penting kerana rawatan fibroid dan adenomiosis berbeza.
HISTEROSKOPI
Histerokopi ialah sejenis kaedah binokular (kaedah teropong) untuk melihat secara langsung keadaan dalaman rahim. Prosedur yang dilakukan adalah untuk melihat rahim dengan memasukkan kamera fiber optik yang kecil atau dikenali sebagai histeroskop melalui permukaan pangkal rahim. Prosedur ini dilakukan untuk menyiasat persekitaran di dalam rahim dan seterusnya boleh mengambil contoh tisu untuk pemeriksaan lanjutan. Ujian ini boleh membantu doktor melihat fibroid di dalam kaviti rahim. Kadang-kala ujian ini membolehkan untuk pembuangan ketulan fibroid dilakukan terus. Ini bermakna pembedahan miomektomi juga boleh dijalankan melalui prosedur histeroskopi jika fibroid adalah daripada jenis submukosa.
BIOPSI ENDOMETRIUM
Prosedur ini dilakukan dengan mengambil sedikit sampel tisu daripada rahim. Kebiasaannya, prosedur ini dijalankan bersama-sama prosedur histeroskopi. Satu alat kecil berbentuk sudu dimasukkan melalui pembukaan pangkal uterus dan akan digunakan untuk mengambil sampel tisu daripada rahim. Biopsi biasanya boleh dijalankan secara day care. Walau bagaimanapun, prosedur ini jarang-jarang dilakukan melainkan untuk membezakan fibroid dengan kanser uterus.
Prosedur biopsi endometrium ini juga boleh dilakukan di klinik sahaja dengan menggunakan sejenis penyedut plastik yang lembut yang bernama pipel (pipelle). Dalam prosedur ini, alat pipel dimasukkan melalui pangkal rahim dan terus ke dalam rahim. Selepas itu tisu endometrum disedut. Tisu yang disedut akan dihantar ke makmal patologi untuk interpretasi.
LAPAROSKOPI
Sesetengah wanita memerlukan ujian yang lebih lanjut seperti ujian laparoskopi. Doktor akan meneropong dan melihat organ-organ di dalam abdomen, khususnya untuk mengesan pelbagai penyakit di bahagian pelvik. Keadaan salur fallopio dapat dinilai dengan teliti sama ada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari, sama ada normal atau tidak. Persekitaran rahim khususnya ruang belakang rahim (pouch of Douglas) dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Doktor juga boleh melihat fibroid yang berada di luar rahim. Pembedahan miomektomi juga boleh dijalankan melalui prosedur laparoskopi.
Setelah menjalani beberapa ujian untuk mendiagnosis fibroid, jika seseorang wanita disahkan mempunyai fibroid, terdapat beberapa cara rawatan untuk fibroid. Jika fibroid itu kecil, tidak mendatangkan sebarang simptom atau masalah, maka rawatan tidak diperlukan.
Penghidap fibroid hanya perlu menghadiri pemeriksaan susulan yang akan ditetapkan oleh doktor. Jika seseorang wanita mengalami simptom, wanita tersebut hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada mana-mana pusat perubatan kerana ia mungkin akan mendatangkan komplikasi jika dibiarkan.
Sumber : Utusan Malaysia
Sebelum
seseorang wanita itu disahkan menghidap fibroid, dia hendaklah
menjalani beberapa prosedur atau ujian sama ada berbentuk ujian darah,
radiologi (secara pengimejan) mahupun ujian biopsi tisu rahim. Setiap
ujian yang dilakukan mempunyai fungsinya tersendiri. Sebagai contoh,
ujian darah dilakukan untuk melihat tahap hemoglobin (unsur yang
terdapat pada sel darah merah) sama ada pesakit mengalami anemia atau
tidak. Tahap hemoglobin penting kerana apabila tahap hemoglobin berada
pada aras yang rendah, keadaan ini menunjukkan pesakit mengalami
perdarahan yang berlebihan. Oleh itu, pesakit ini mungkin memerlukan
pemindahan darah (jika perlu) untuk memastikan tahap hemoglobin kembali
ke aras yang normal. Kalau penghidap fibroid mengalami anemia yang tidak
teruk, mereka hanya perlu mengambil tambahan zat besi (hematinik).
Bagi mengesahkan kehadiran fibroid, doktor akan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang simptom yang dialami oleh pesakit. Kemudian, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani beberapa ujian pengesahan seperti menjalani imbasan ultrabunyi dan ujian biopsi, jika perlu. Sebelum menjalani setiap ujian, pesakit akan diberikan penerangan lanjut tentang cara ujian dijalankan, fungsi dan kelebihan ujian tersebut serta kesan sampingan setiap ujian yang dijalani. Ujian-ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti fibroid termasuklah ujian imbasan ultrabunyi, histeroskopi, laparoskopi dan sebagainya.
UJIAN IMBASAN ULTRABUNYI
Imbasan ultrabunyi merupakan prosedur yang biasa digunakan untuk diagnosa ketumbuhan fibroid. Ia dilakukan di bahagian abdomen atau melalui faraj (transvagina). Kedua-duanya dapat membantu mengenal pasti saiz, bilangan, posisi dan bentuk fibroid. Selain itu, imbasan ultrabunyi juga membantu membezakan fibroid daripada ketumbuhan lain yang boleh berlaku di kawasan pelvis seperti sista ovari dan adenomiosis.
Sering kali, adenomiosis kelihatan sama seperti fibroid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang kelihatan pada skrin alat imbasan ultrabunyi yang boleh membezakan fibroid dan adenomiosis. Kawasan fibroid adalah berasingan (diskret) dengan batas yang jelas, dan boleh dibezakan daripada kawasan sekitarnya. Adenomiosis pula sukar dibezakan dan ia terletak di dalam dinding miometrium. Perkara ini penting kerana rawatan fibroid dan adenomiosis berbeza.
HISTEROSKOPI
Histerokopi ialah sejenis kaedah binokular (kaedah teropong) untuk melihat secara langsung keadaan dalaman rahim. Prosedur yang dilakukan adalah untuk melihat rahim dengan memasukkan kamera fiber optik yang kecil atau dikenali sebagai histeroskop melalui permukaan pangkal rahim. Prosedur ini dilakukan untuk menyiasat persekitaran di dalam rahim dan seterusnya boleh mengambil contoh tisu untuk pemeriksaan lanjutan. Ujian ini boleh membantu doktor melihat fibroid di dalam kaviti rahim. Kadang-kala ujian ini membolehkan untuk pembuangan ketulan fibroid dilakukan terus. Ini bermakna pembedahan miomektomi juga boleh dijalankan melalui prosedur histeroskopi jika fibroid adalah daripada jenis submukosa.
BIOPSI ENDOMETRIUM
Prosedur ini dilakukan dengan mengambil sedikit sampel tisu daripada rahim. Kebiasaannya, prosedur ini dijalankan bersama-sama prosedur histeroskopi. Satu alat kecil berbentuk sudu dimasukkan melalui pembukaan pangkal uterus dan akan digunakan untuk mengambil sampel tisu daripada rahim. Biopsi biasanya boleh dijalankan secara day care. Walau bagaimanapun, prosedur ini jarang-jarang dilakukan melainkan untuk membezakan fibroid dengan kanser uterus.
Prosedur biopsi endometrium ini juga boleh dilakukan di klinik sahaja dengan menggunakan sejenis penyedut plastik yang lembut yang bernama pipel (pipelle). Dalam prosedur ini, alat pipel dimasukkan melalui pangkal rahim dan terus ke dalam rahim. Selepas itu tisu endometrum disedut. Tisu yang disedut akan dihantar ke makmal patologi untuk interpretasi.
LAPAROSKOPI
Sesetengah wanita memerlukan ujian yang lebih lanjut seperti ujian laparoskopi. Doktor akan meneropong dan melihat organ-organ di dalam abdomen, khususnya untuk mengesan pelbagai penyakit di bahagian pelvik. Keadaan salur fallopio dapat dinilai dengan teliti sama ada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari, sama ada normal atau tidak. Persekitaran rahim khususnya ruang belakang rahim (pouch of Douglas) dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Doktor juga boleh melihat fibroid yang berada di luar rahim. Pembedahan miomektomi juga boleh dijalankan melalui prosedur laparoskopi.
Setelah menjalani beberapa ujian untuk mendiagnosis fibroid, jika seseorang wanita disahkan mempunyai fibroid, terdapat beberapa cara rawatan untuk fibroid. Jika fibroid itu kecil, tidak mendatangkan sebarang simptom atau masalah, maka rawatan tidak diperlukan.
Penghidap fibroid hanya perlu menghadiri pemeriksaan susulan yang akan ditetapkan oleh doktor. Jika seseorang wanita mengalami simptom, wanita tersebut hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada mana-mana pusat perubatan kerana ia mungkin akan mendatangkan komplikasi jika dibiarkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/fibroid-kecil-tidak-berbahaya-1.163558#sthash.TDJoMHwA.dpuf