Cari artikel di sini

Kebaikan Ulam Raja


Sebut sahaja Ulam Raja, ramai orang kenal. Ulam ini sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana keistimewaanya yang tersendiri. Berbeza dengan ulam lain, ulam raja seakan meninggalkan rasa yang tersendiri. Seiring dengan nama saintifiknya cosmos caudatus, ulam raja sebenarnya tergolong dalam jenis kosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna-warni.


Namun jenis ulam raja yang selalu dijadikan ulam mempunyai bunga yang kecil dan berwarna pucat ala merah jambu ataupun putih. Ulam ini mengandungi nilai khasiat yang tinggi kepada tubuh. Ianya mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Malah ia juga kaya dengan laksium dan vitamin .

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mengeluarkan toksik dalam darah dan juga menguatkan tulang. Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli.

Kredit : Wangcyber forum

Artikel menarik yang lain :