Cari artikel di sini

Kebaikan Tongkat Ali


Tongkat Ali juga di kenali (Radix Eurycoma Longifolia) juga dikenali sebagai ‘Long Jack’. Tempat asal tumbuhan ini ialah di hutan belantara tropika Borneo. Manfaat manfaat rawatan tumbuhan Tongkat Ali kebanyakan didapati dari bahagian akarnya. Rasanya pahit, namun bahan nutriennya adalah yang terunggul sekali untuk menormalkan tekanan darah, mengatasi masalah artritis, ceret darah (disenteri), penyakit kuning, mengelakkan demam, kegatalan kulit, bawasir (hemoroid) luaran, sakit kepala dan menguatkan daya seks.

Tongkat Ali juga amat berguna untuk menyihatkan buah pinggang di mana ia dapat menjernihkan bahan toksin di dalamnya serta menggiatkan fungsinya. Pada masa yang sama, herba ini juga sanggup memperkuatkan tenaga batin si lelaki. Pengambilan jangkamasa panjang Tongkat Ali dijangka berkesan untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi (hipertension), kencing manis dan mengurangkan asid urik. Itulah sebabnya herba ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia.


Sejak dahulu lagi, penduduk-penduduk asli di rantau Asia Tenggara telah menikmati herba Tongkat Ali ini kerana nilai perubatannya yang cukup tinggi sekali. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana ramuan yang mengandungi Eurycoma Longifolia bertindak, tapi mereka yang pernah mencubanya mengakui keberkesanannya yang memang menakjubkan. Di Malaysia, herba ini lebih popular dikenali sebagai Tongkat Ali yang membawa maksud Tongkat Si Ali atau Zakar Si Ali.

Populariti Tongkat Ali di kalangan rakyat tempatan amat berkait dengan ciriciri afrodisiaknya (penggiat daya seksual). Akar-akar ia digunakan sebagai bahan utama penyediaan jamu dan tonik dalam perubatan tradisional Melayu. Kadangkala ia juga dirujuk sebagai ‘Ginseng Malaysia’. Ekstrak air Tongkat Ali dipercayai dapat menambah daya seksual lelaki.

Tumbuhan ini secara tradisionalnya adalah tonik am, atau tonik yang diminum selepas bersalin, sebagai pemberangsang daya seksual, penawar (antidot), mengelakkan tekanan darah tinggi, mengelakkan panas badan (anti-piretik), batuk kering, bisa, cacing usus dan melegakan rasa panas.



  Ia juga amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit di tulang, gatal-gatal, mengelakkan penyakit kuning, kembung air (dropsi), kakeksia, demam, ceret-beret, senak, lumbago dan disenteri. Akar Tongkat Ali terkenal di kalangan berbagai kumpulan etnik untuk mengelakkan berbagai jenis penyakit dan menyihatkan badan.

Sumber : forum wangcyber

Artikel menarik yang lain :