Hepatitis adalah virus yang menjejaskan hati anda. Virus hepatitis C boleh menyebabkan kerosakan hati, sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati.
15-30% daripada mereka yang mempunyai hepatitis kronik akan mendapat sirosis hati dalam tempoh 20 tahun. Dalam kalangan penghidap sirosis hati, risiko mendapat kanser hati adalah 2-4% setiap tahun.
Bagaimana anda boleh dijangkiti virus Hepatitis C?
- Menerima produk darah sebelum 1994.
- Menjalani rawatan dialisis buah pinggang untuk beberapa tahun.
- Pernah berkongsi jarum suntikan walaupun hanya sekali.
- Pernah tercucuk jarum atau objek tajam yang mempunyai darah daripada individu mempunyai hepatitis C atau status hepatitis C tidak diketahui (termasuk menindik badan dan mencacah tatu)
- Dilahirkan oleh ibu yang mempunyai Hepatitis C.
Virus Hepatitis C |
Ujian darah yang dikenali sebagai ujian pengesanan viral hepatitis C (anti- HCV)
Bagaimana jika anti-HCV saya positif?
Anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan jika anda masih dijangkiti virus.
Jika anda dijangkiti Hepatitis C, apakah yang patut saya lakukan?
- Berbincang dengan doktor anda bagi pilihan pengurusan rawatan.
- Pastikan anda dapatkan rawatan susulan yang ditetapkan oleh doktor.
- Rehat dengan secukupnya.
- Elakkan mengambil alkohol.
- Jangan ambil ubat bukan diskripsi (moden atau tradisional termasuk vitamin) tanpa nasihat doktor.
- Amalkan seks yang selamat.
- Jangan derma darah ataupun organ.
- Jangan kongsi peralatan peribadi yang mungkin bersentuhan dengan darah.
Pencegahan
- Jangan terlibat dalam tingkah laku berisiko seperti menyuntik dan menyalahgunakan dadah.
- Elakkan mencacah tahu atau bertindik kecuali anda yakin peralatan yang digunakan adalah baharu.
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi (jarun, pencukur, pengetip kuku dan berus gigi)
- Gunakan sarung tangan apabila menjalankan tugas yang mendedahkan anda kepada darah dan cecair badan.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia