Cari artikel di sini
Langkah meningkatkan metabolisme
Metabolisme adalah istilah yang berasal dari bahasa Yunani yang membawa maksud perubahan atau transformasi. Setiap individu mempunyai kadar metabolisme yang berbeza. Meningkatkan metabolisme badan ini penting kerana ia mampu meningkatkan pembakaran kalori dalam tubuh seseorang.
Kebiasaanya seseorang yang mempunyai metabolisme badan yang tinggi berupaya menukarkan makanan atau lemak di dalam badan menjadi tenaga dengan cepat. Namun bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme badan yang rendah mudah mengalami masalah obesiti jika corak pemakanan tidak dikawal iaitu makan secara berlebihan.
1. Makan Secara Kerap
Jangan biarkan perut anda kosong. Seeloknya makan mengikut waktu namun dalam kuantiti yang kecil. Jika anda tidak makan dan biarkan perut kosong kadar metabolisme badan akan menurun. Malah ia akan mengundang anda makan dalam kuantiti yang banyak akibat kelaparan membiarkan perut terlalu lama kosong.
2. Minum Air
Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2 liter air sehari. Ini kerana sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Pastikan 8 gelas yang diminum adalah air kosong bukannya air mengandungi gula.
3. Makanan Pedas
Menjadi suatu kelebihan buat penggemar makanan pedas di mana kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Malah metabolisme boleh meningkat sehingga 40% untuk 2-3 jam.
4. Minum Teh Hijau
Banyak kajian telah membuktikan bahawa teh hijau mampu membantu meningkatkan metabolisme. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi meningkatkan pemprosesan atau oksidasi lemak serta meningkatkan kadar penukaran makanan kepada kalori.
5. Cukup Tidur
Penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari amatlah penting dalam mengekalkan metabolisme yang sihat. Cuba kekalkan rutin waktu tidur secara konsisten.
6. Pilih Makanan Berserat
Tubuh badan manusia memerlukan tenaga untuk menjalani rutin harian. Jadi pemilihan makanan amatlah penting dalam memastikan apa yang dimakan mampu membekalkan kalori yang boleh dibakar atau hanya sekadar menjadi lemak terkumpul. Jadi makanan kaya serat seperti oat, biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Artikel menarik yang lain :
-
Apa itu Sindrom Raynaud Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai menge...
-
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Pi...
-
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ . Vi...
-
Sakit kepala berlaku disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia pada otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah...
-
Jika anda mendapati ada ketulan sebesar kacang di leher atau ketiak, jangan ambil mudah dan menganggap ia sekadar "biji angin...
-
Ramai orang takut nak makan pada waktu larut malam (atau kudapan) kerana kebanyakan menganggap bahawa makan lewat tengah malam, walaupun...
-
Nyamuk aedes betina merupakan agen penularan penyakit demam denggi Penyakit demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang sangat ...