Setiap
orang mengidamkan perut yang kempis kerana ia mampu memperlihatkan
fizikal seseorang lebih nampak menarik. Secara tidak langsung
meningkatkan tahap keyakinan seseorang apabila berhadapan orang ramai.
Bagi mereka yang benar-benar mementingkan penampilan diri. Masalah perut buncit sering kali menjadi masalah utama untuk memilih pakaian mengikut ukuran badan. Tidak kira lelaki mahupun wanita masalah perut buncit ini memberi tekanan dan ketidakselesaan buat diri.
Namun jangan bimbang terdapat beberapa cara mudah yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah perut buncit. Mari kita singkap cara-cara mudah untuk mengempiskan perut.
1. Kurangkan Minuman Bergula
Minuman manis iaitu minuman bergula memang sukar untuk dielakkan kerana ia sudah menjadi hidangan dalam menu seharian dikalangan masyarakat. Walau bagaimanapun cuba untuk lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman bergula yang mengandungi banyak kalori. Malah pengambilan gula secara berlebihan juga mampu menaikkan berat badan dan mengundang penyakit kronik.
2. Makan Secara Perlahan
Kebanyakan dari kita sering lupa untuk kunyah makanan dengan sempurna sebelum menelannya. Situasi ini kerap berlaku apabila anda dalam keadaan lapar dan sewaktu menikmati makanan pedas. Anda tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit.
3. Akitiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal secara tetap bagi membantu mempercepatkan pembakaran kalori berlebihan. Contoh-contoh aktiviti fizikal adalah seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.
4. Hindari Makanan Ringan
Kudapan seperti makanan ringan, makanan segera dan makanan proses sememangnya tidak baik untuk kesihatan jika diambli secara kerap. Kajian juga menunjukkan kandungan trans lemak yang tinggi dalam makanan proses dan segera boleh dikaitkan dengan penyakit diabetes, Alzheimer dan kegemukan. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.
5. Makan Buah dan Kekacang
Apa kata mulai hari ini anda mulakan gantikan makanan ringan atau kudapan yang sering di makan dengan sesuatu yang kurang berlemak dan jauh lebih sihat dan berkhasiat. Pisang, kacang badam, pisang dan anggur mampu membantu mengurangkan jumlah lemak di perut anda.