Cari artikel di sini
Kepentingan tidur
1. Ketika kita sedang tidur nyenyak,nafas,degupan jantung dan tekanan darah berada dalam paras yang paling rendah
2. Ketika sedang bermimpi,otak biasanya berkerja mencari pengalaman serupa yang terjadi semasa dalam keadaan sedar
3. Banyak penderita insomnia(penyakit susah tidur) adalah pengaruh dari rasa bimbang dan kemurungan dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah golongan wanita dan orang tua
4. Kebanyakan kita akan terjaga sekitar 6 kali ketika sedang tidur
5. Suhu tubuh akan menurun secara mendadak menjelang pagi.Biasanya titik paling rendah adalah sekitar pukul 4 pagi,kemudian akan menaik setelah menjelang matahari terbit
6. Walaupun kita sedang tidur nyenyak,ada beberapa bahagian tubuh kita boleh menerima isyarat atau suara di sekeliling,sebab itulah ibu selalu bangun ketika bayinya sedang menangis
7. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
8. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
9. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
10. Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
11. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
12. Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
13. Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain
14. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
Artikel menarik yang lain :
-
Apa itu Sindrom Raynaud Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai menge...
-
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Pi...
-
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ . Vi...
-
Sakit kepala berlaku disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia pada otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah...
-
Jika anda mendapati ada ketulan sebesar kacang di leher atau ketiak, jangan ambil mudah dan menganggap ia sekadar "biji angin...
-
Ramai orang takut nak makan pada waktu larut malam (atau kudapan) kerana kebanyakan menganggap bahawa makan lewat tengah malam, walaupun...
-
Nyamuk aedes betina merupakan agen penularan penyakit demam denggi Penyakit demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang sangat ...