Cari artikel di sini

Paru paru Berair : Punca, Simptom dan Rawatan



Paru paru berair adalah keadaan dimana terdapat pengumpulan cecair di dalam ruang pleura iaitu ruang diantara paru-paru dan juga dinding dada. Ini akan menyebabkan saiz paru-paru menjadi kecil dan pesakit akan mengalami masalah sesak nafas

Ia selalunya berpunca kepada jangkitan kuman pada paru-paru. Tetapi ia juga boleh disebabkan masalah jantung, kegagalan buah pingang dan juga kanser paru-paru.

Struktur paru-paru

Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura. Di dalam ruang diantara dada dan juga paru-paru terdapat sedikit cecair yang berfungsi sebagai pelincir supaya tiada geseran yang akan merosakkan tisu paru-paru apabila dada mengembang ataupun mengecut

Tetapi apabila ia dipenuhi dengan air disebabkan berapa punca, ia akan menolak paru-paru menyebabkan ia menjadi kecil

Punca Paru-paru berair

Terdapat pelbagai punca paru-paru berair. Ia adalah:

Jantung lemah
Kegagalan fungsi hati
Kegagalan buah pinggang
Kanser paru paru
Kanser yang merebak ke paru-paru( Sebagai contoh kanser ovari, kanser payudara dan kanser rahim)
Kanser pleura
Jangkitan paru-paru
Keradangan pankreas
Penyakit tibi (Batuk kering)

Simptom dan tanda paru paru berair

Terdapat beberapa tanda dan simptom apabila seseorang itu mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Sesak nafas. Adalah simptom yang paling ketara
  • Sakit dada
  • Batuk
  • Demam (Jika disebabkan jangkitan kuman paru-paru ataupun keradangan pakreas)
  • Tidak boleh tidur dalam keadaan berbaring



Diagnosa-diagnosa lain

Paru-paru berair adalah kesan daripada penyakit-penyakit lain. Tetapi ada beberapa diagnosa lain yang tetap mendatangkan simptom yang sama tanpa menyebabkan paru-paru berair. Penyakit tersebut adalah

  • Asma
  • Serangan sakit jantung
  • Chronic obstructive airway disease(selalunya disebabkan merokok)
  • Kencing manis yang tidak terkawal (Diabetik ketoacidosis)

Penyiasatan
Dalam bahagian penyiasatan paru-paru berair, pesakit perlu menjalani ujian untuk mengesahkan penyakit tersebut dan juga ujian untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut

X-ray dada



Prosedur ini adalah prosedur pertama yang dilakukan untuk mengesahkan seseorang itu mengalami paru-paru berair ataupun tidak

Ia juga boleh mengesan masalah lain dalam x-ray tersebut seperti masalah jantung, kanser paru-paru dan beberapa lagi masalah lain

Pengambilan darah

Pengambilan darah boleh menentukan samada pesakit sedang mengalami jangkitan kuman ataupun tidak, fungsi hati, fungsi buah pinggang dan beberapa lagi penyiasatan untuk mengetahui punca kepada penyakit tersebut

Pengambilan sampel air dari paru-paru

Daripada pengambilan sampel air ini, punca kepada masalah tersebut boleh dikesan dengan melihat pH, kandungan air tersebut, kuman di dalamnya dan juga sama ada terdapat sel kanser dalam air itu



Rawatan Paru paru berair

Bagi rawatan masalah ini, ia bergantung kepada keadaan pesakit dan juga berapa banyak air yang berada di dalam paru-paru pesakit.

Pengeluaran Cecair Paru

Jika ia hanya sedikit dan pesakit didapati stabil, tidak sesak nafas, berkeadaan selesa, rawatan untuk mengeluarkan cecair tersebut tidak perlu untuk dilakukan. Pesakit hanya akan menjalani rawatan untuk menyelesaikan punca yang menyebabkan perkara tersebut berlaku

Jika pesakit nampat tidak stabil, sesak nafas dan keadaan paru-paru yang dipenuhi dengan banyak air, satu prosedur untuk mengeluarkan air tersebut akan dilakukan. Air yang keluar akan digunakan untuk penyiasatan bagi mengetahui punca kepada masalah itu

Kemudian pesakit akan menerima rawatan berdasarkan punca yang menyebabkan masalah tersebut

Pleurodesis

Bagi pesakit yang mengalami kanser paru-paru, cecair selalunya akan dihasilkan secara berterusan dalam ruang pleura. Ini akan menyebabkan pesakit mengalami paru-paru berair semula setelah cecair itu dikeluarkan. Untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku, satu bahan akan dimasukkan dalam kawasan pleura. 




Bahan tersebut berfungsi untuk menghasilkan sedikit keradangan pada lapisan pleura. Ini akan menyebabkan parut terhasil diantara dinding dada dan juga lapisan luar paru-paru. Parut ini akan menghalang daripada pembentukan cecair yang banyak dalam ruang tersebut

Sumber : http://ediagnosa.com/

Artikel menarik yang lain :