Cari artikel di sini

5 Khasiat utama kismis



Umum mengetahui kelebihan makan kismis, dan kismis juga dikatakan boleh membantu menguatkan ingatan untuk menghafal.

Namun begitu, saya ingin berkongsi 5 kelebihan dan khasiat utama kismis mengikut kajian yang dijalankan di barat, seperti berikut:

1. Anti-penuaan

Kismis merupakan sumber antioksidan yang penting bagi melawan radikal bebas, dan bermanfaat bagi melambatkan proses penuaan badan.

2. Anti-hiperglicemia

Kismis membantu menstabilkan paras gula dalam darah.

3. Melancarkan proses penghadaman

Kismis merupakan sumber fiber yang baik dan ini berguna bagi melancarkan proses penghadaman.

4. Kesihatan tulang

Kismis mengandungi pelbagai mineral yang berperanan menjaga kesihatan tulang.

5. Kesihatan gigi dan melawan kanser

Kismis mengandungi asid oleanolik yang berguna bagi menjaga kesihatan gigi di samping melawan sel kanser.


Sumber : https://sitik.wordpress.com

Artikel menarik yang lain :