Cari artikel di sini

Pembedahan pemanjangan kaki



Prosedur pembedahan memanjangkan kaki boleh menyebabkan kerosakan saraf


Trend selalu berubah setiap masa dan ini termasuklah pembedahan untuk memanjangkan kaki seseorang yang telah menjadi satu prosedur kecantikan yang semakin berkembang.

Pembedahan memanjangkan kaki dianggap sebagai satu keajaiban bagi mereka yang berketinggian rendah kerana ia dapat menambah ketinggian pada badan seseorang antara lima hingga lapan sentimeter.
Di Amerika Syarikat (AS), kos untuk menjalani rawatan yang mencecah AS$85,000 (RM308,898) itu bukan sahaja popular di negara Uncle Sam, malah pembedahan memanjangkan kaki itu turut popular di Tiongkok, China.
Seorang wanita bernama Kong Jim Wen telah menghabiskan lebih daripada AS$8,000 (RM29,072) untuk menjalani rawatan memanjangkan kaki­nya pada tahun 2003.
“Rasanya sakit tetapi memiliki tubuh tinggi sangat penting.
“Saya akan memiliki lebih banyak kesempatan dalam hidup dan juga kesempatan yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan dan suami yang baik,” katanya.
Tambah Jim Wen, keputusannya untuk menjalani rawatan memanjangkan kaki itu mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya sehinggakan sanggup menanggung kos pembedahan bagi membolehkan anak perem­puan mereka itu mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Mereka juga percaya, sekiranya Jim Wen menjalani pembedahan tersebut, dia akan lebih mempunyai keyakinan diri.
Sementara itu, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Orthopedik Antarabangsa pada tahun 2006, prosedur memanjangkan kaki memiliki risiko kerana ia boleh menimbulkan komplikasi dan menyebabkan kerosakan saraf, masalah punggung serta ­berisiko menjadi lumpuh.
Sumber : Kosmo

Artikel menarik yang lain :