ANTARA perkara yang paling saya benci ialah memberitahu seorang pesakit bahawa mereka perlukan khidmat dialisis. Saya benci kenapa banyak kalangan masyarakat tidak peka tentang betapa berharganya buah pinggang mereka.
Tahukah anda bahawa buah pinggang adalah antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialisis dan rawatan transplan buah pinggang, ia tidak setanding dengan buah pinggang milik anda sendiri.
Apakah fungsi buah pinggang?
Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan kita. Tahukah anda – setiap hari – buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. Air kencing ini mengandungi bahan buangan dan air yang berlebihan.
Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.
Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.
Buah pinggang juga menghasilkan pelbagai hormon yang mempengaruhi fungsi organ lain dalam badan kita. Contohnya, ia menghasilkan hormon erythropoietin untuk merangsang penghasilan sel darah merah. Ia juga menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah kita. Ia juga bekerja keras untuk memastikan tulang kita kuat dan sihat melalui metabolisme kalsium serta penghasilan vitamin D.
Apa yang berlaku kalau buah pinggang tidak berfungsi?
Antara simptom penyakit buah pinggang termasuk berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih, lesu atau sakit badan. Individu yang mengalami kegagalan buah pinggang juga boleh mengalami kencing yang berkurangan, air kencing berbuih atau air kencing yang mengandungi darah. Mereka juga boleh mengalami edema atau bengkak pada muka, kaki, abdomen sehingga ke seluruh badan. Bagi peringkat yang serius, ada yang mengalami pengumpulan air dalam paru-paru hingga mengakibatkan kesukaran bernafas.
Malangnya, semua gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda berkenaan walaupun buah pinggang sudah tidak berfungsi lagi.
Oleh sebab itu, kita perlu mengesan pengakit kegagalan buah pinggang ini daripada peringkat awal lagi. Ini amat penting bagi individu yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang seperti pesakit kencing manis dan darah tinggi. Masyarakat kita juga perlu peka dan mengelakkan penggunaan ubat-ubatan atau supplemen yang boleh merosakkan buah pinggang.
Buah pinggang kita adalah organ yang bijak. Ia tahu bahan mana yang perlu disingkirkan. Itu sebabnya kita tidak memerlukan terapi detoksifikasi yang khusus, supplemen ataupun ubatan khas untuk menyingkirkan toksin di dalam badan kita. Oleh itu adalah penting untuk kita menjaganya dengan sempurna untuk memastikan buah pinggang kita dalam keadaan yang efisien untuk terus berkerja.
kredit : Utusan Online
ANTARA
perkara yang paling saya benci ialah memberitahu seorang pesakit bahawa
mereka perlukan khidmat dialisis. Saya benci kenapa banyak kalangan
masyarakat tidak peka tentang betapa berharganya buah pinggang mereka.
Tahukah anda bahawa buah pinggang adalah
antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialisis
dan rawatan transplan buah pinggang, ia tidak setanding dengan buah
pinggang milik anda sendiri.
Apakah fungsi buah pinggang?
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/sayangi-buah-pinggang-anda-1.69574#sthash.2HATeVxE.dpufApakah fungsi buah pinggang?