Cari artikel di sini

Kebaikan Susu Ibu




1. Mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.

2. Mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi daripada penyakit. Mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tidak tercemar.

3. Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang bewarna kekuningan adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

4. Mengeluarkan mekonium (najis bayi pada awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus yang sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.


5. Melindungi bayi daripada penyakit lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga brinkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak pada masa hadapan.

7. Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

Artikel menarik yang lain :