Cari artikel di sini
Apakah itu Monosodium Glutamate (MSG)
1. Monosodium Glutamate (MSG) adalah bahan penambah perisa yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, khususnya didalam industri makanan.
2. Kajian menunjukkan, pengambilan 1g MSG secara berterusan boleh meningkatkan risiko sindrom metabolik dan risiko obesiti.
3. Sindrom metabolik berkaitan dengan peningkatan risiko sakit jantung, strok atau diabetes serta penyakit kronik yang lain.
4. MSG ditemui oleh Kikunae Ikeda, seorang saintis dari Jepun.
5. MSG terdiri daripada molekul asid amino, sodium yang terikat dengan asid amino glutamate.
6. Asid amino glutamate berfungsi sebagai neurotransmitter didalam badan manusia. Ia dihasilkan secara semulajadi di dalam otak dan wujud di otot, buah pinggang dan hati.
7. Asid amino glutamate yang dimakan akan diserap melalui usus kecil dan dimetabolismakan untuk menghasilkan glukosa, glutamin, lactate dan asid amino yang lain kedalam saluran darah.
8. Asid amino glutamate boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan jika diambil berlebihan, ia boleh menyebabkan kesan negatif.
9. Asid amino glutamate yang terlibat didalam proses penghantaran maklumat melalui neurotransmitter boleh menyebabkan "over stimulation" ke atas sistem saraf dan ini menjelaskan mengapa anda merasa sakit kepala jika mengambil makanan yang mengandungi MSG.
10. MSG juga berfungsi dengan menipu otak anda dengan menghasilkan rasa makanan itu lebih berkhasiat dan berprotein tinggi. Konsep inilah yang digunakan oleh industri makanan segera yang mengakui bahawa daging burger mereka mengandungi 100% daging.
11. Contoh yang lain jika anda mencampurkan MSG kedalam sup, dengan serta merta sup itu akan menjadi lebih sedap.
12. MSG menrangsangkan selera anda dengan meningkatkan penghasilan insulin supaya gula dapat disimpan oleh badan. Apabila paras insulin meningkat didalam badan, paras gula didalam badan akan turun dan anda akan berasa lapar dalam hanya beberapa jam selepas makan. Konsep ini juga yang digunakan industri makanan.
13. MSG adalah salah satu bahan tambahan didalam makanan yang digunakan oleh pengusaha industri pemakanan. Pengguna harus lebih peka sebelum memilih makanan atau didalam penyediaan makanan.
14. Industri makanan mengambil peluang ini dengan "menipu" pengguna dengan rasa makanan yang dijual untuk mengurangkan kos tanpa mengambil kira kesan terhadap pengguna.
15. Kita harus meningkatkan tahap pengetahuan dan langkah berjaga-jaga untuk menentukan apakah yang dimakan oleh keluarga kita terutamanya, kanak-kanak. Pastikan anak-anak anda mendapat "rasa" sebenar suatu makanan
16. [UPDATE** Lactic acid yang digunakan semasa proses untuk menghasilkan MSG adalah daripada bakteria yang berasal dari usus kecil manusia.
Artikel menarik yang lain :
-
Apa itu Sindrom Raynaud Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai menge...
-
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Pi...
-
Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ . Vi...
-
Sakit kepala berlaku disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia pada otak. Perubahan ini menyebabkan arteri yang membekalkan darah...
-
Jika anda mendapati ada ketulan sebesar kacang di leher atau ketiak, jangan ambil mudah dan menganggap ia sekadar "biji angin...
-
Ramai orang takut nak makan pada waktu larut malam (atau kudapan) kerana kebanyakan menganggap bahawa makan lewat tengah malam, walaupun...
-
Nyamuk aedes betina merupakan agen penularan penyakit demam denggi Penyakit demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang sangat ...