Cari artikel di sini

Simptom Kanser Prostat




Pada peringkat awal, kanser prostat sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah seperti berikut :

  1. Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan.
  2. Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.
  3. Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat.
  4. Tidak boleh mengeluarkan air kencing.
  5. Terasa sakit ketika air kencing keluar.
  6. Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing.
  7. Terdapat darah pada air mani atau air kencing.
  8. Ejakulasi yang menyakitkan
  9. Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang atau peha.
  10. Kurang upaya dalam mengalami rangsangan seksual.
  11. Penurunan keinginan seksual.
Sekiranya anda mempunyai salah satu gejala di atas, anda dikehendaki berjumpa doktor pakar urologi. Untuk memastikan kesihatan prostat anda, doktor pakar akan melaksanakan pemeriksaan prostat melalui rektum, menjalankan pemeriksaan ultrasound, membuat kandungan ujian antigen spesifik prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dalam darah.


Sekiranya seseorang itu disyaki menghidap kanser prostat, doktor pakar urologi akan membuat biopsi, lalu mengambil contoh sel prostat. Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi akan dilakukan oleh pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser.

Semasa ujian biopsi, pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi bius. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalam kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.


Artikel menarik yang lain :