Cari artikel di sini

Serangan Sakit Jantung



Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada. Ia boleh berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Lebih besar salur darah tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung. Jika saluran darah tertutup, sebahagian otot jantung akan rosak dan pesakit akan rasa sakit dada melampau.


Punca

1. Asap rokok
  • Memggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • Tekanan perasaan
  • Tekanan darah meningkat
  • Mempercepatkan pembekuan darah.

2. Kurang bersenam
  • Jantung jadi lemah
  • Pengaliran darah lemah dan perlahan.


3. Kandungan lemak
Makanan yang tinggi lemak seperti minyak sapi, mentega dan daging berlemak.


4. Penyakit
  • Kencing manis
  • Darah tinggi 
  • Obesiti

5. Lain-lain
  • Berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai berat badan melampau.
  • Gagal mengawal pemakanan.
  • Gemar mengambil makanan segera.
  •  Keturunan

Rawatan

  1. Berhenti merokok sekiranya usia melebihi 35 tahun.
  2. Mengambil ubat dan mengawal pemakanan.
  3. Kawal perasaan dan jangan cepat marah atau runsing.
  4. Jika ada mempunyai keturunan yang menghidap penyakit jantung, sentiasa berwaspada dan menjalani pemeriksaan tahunan.
  5. Digalakkan memakan daging putih seperti ikan dan ayam. Elak memakan daging merah seperti lembu dan kambing.
  6. Bersenam secara teratur.
  7. Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti oat kerana ia dapat mengurangkan kadar kolesterol.


Artikel menarik yang lain :