Cari artikel di sini

Sindrom Raynaud - Tangan dan Kaki Jadi Sejuk



Apa itu Sindrom Raynaud

Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai mengecut. Situasi ini menyebabkan jari kaki dan tangan menjadi hitam dan berubah rapuh. pembuluh darah mulai menyempit apabila terkena suhu dingin yang ekstrem atau ketika seseorang itu emosional atau marah.

Tetapi buat mereka yang mengalami sindrom seperti ini perlu diingat, merokok dan bekerja dengan mesin bergetar juga adakalanya boleh menyumbang pada penyumbatan pembuluh darah. Biasanya tangan kebas, sejuk dan bertukar warna sering dialami oleh pesakit namun selalunya tersasar daripada diagnosis yang sebenar. Antara simptom yang sering menjadi perhatian doktor ialah kesejukan yang dialami.

Misalnya tangan atau kaki sejuk menjadi 'hint' kepada diagnosis kerana sebenarnya tidak banyak penyakit yang boleh menyebabkan kaki dan tangan sejuk, berbanding simptom-simptom lain yang mempunyai pelbagai sebab.




Simptom

Antara tanda-tanda lain yang seharusnya dikesan, selain kaki dan tangan sejuk ialah :

  • Kebas tangan, kaki atau hilang daya sentuhan
  • Perubahan warna tangan samada biru atau putih(pucat)
  • Kulit menjadi tegang dan keras.
  • Luka
  • Pembekakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
  • Mengalami migrain dan tekanan darah tinggi dalam paru-parunya (hipertensi pulmoner)
  • Jika anda sering mengalami kejang arteri, kemungkinan risiko mendapat penyakit ini agak mudah.
  • Jika jari tangan dan kaki menjadi putih biasanya berbintik-bintik. Hanya satu jari tangan atau jari kaki atau beberapa jari kaki atau tangan akan kelihatan berubah putih dan merah.
  • Jari tangan dan jari kaki terasa seolah-olah keras, rasa tersusuk jarum dan rasa terbakar.

Rawatan dan Langkah Berjaga-jaga

  • Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.
  • Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.
  • Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.
  • Mengambil suplemen seperti vitamin C dan E, minyak Evening Primrose Oil dan bawang putih.
  • Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.
  • Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, 2 kali sehari adalah lebih baik
  • Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.
  • Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
  • Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.
  • Pastikan kaki sentiasa berstokin.
  • Memakai pakaian yang tebal seperti topi (kepanasan badan hilang melalui kepala)
  • Menggunakan sarung tangan ketika membuka atau memasukkan bungkusan makanan ke dalam peti ais.
  • Mengambil bahan semulajadi seperti ekstrak daun ginkgo biloba.

Info Patut Tahu

  • Buku 'Body Signs' oleh Joan Liebmann-Smith dan Jacqueline Nardi Egan menunjukkan tangan dan kaki secara terus menerus  mengalami kesejukan juga boleh dikaitkan kerana reaksi ubat-ubatan.
  • Sentiasalah membuat rawatan pemeriksaan sekiranya umur anda di atas 40 tahun kerana kemungkinan risiko akan mendapat penyakit stroke. Jika anda dalam usia muda, suatu kelainan sistem saraf adalah kemungkinan penyebab.
  • Penyakit ini turut menimpa semua jantina tidak kira lelaki ataupun perempuan, tetapi biasanya lelaki yang lebih terdedah kepada keadaan yang sejuk dan dingin di tempat kerja. Tetapi wanita juga turut mempunyai risiko yang sama sekiranya tidak diatasi.
  • Penyakit yang mempunyai simptom lebih kurang sama melibatkan tangan yang sejuk iaitu anemia, penyakit Bierger, diabetes, peripheral vascular disease (PVD) dan scleroderma.
  • Istilah Raynaud digunakan jika tidak ditemui penyebab yang pasti walaupun pelbagai kajian doktordilakukan kerana pada mulanya penyebabnya tidak dapat didiagnosis sehingga diketahui setelah sekitar 2 tahun.

Artikel menarik yang lain :